Pengalaman

Assalamualaikum

Dah hampir sebulan Tira dok mengganggur ni.  Memang teramat lah bosan, nasib baik lah rumah Tira dah diserikan dengan baby comel, si kecil Mukhriz.  Alhamdulilah sudah 10 hari Mukhriz selamat dilahirkan.  Congrates untuk kak Ija dengan abang Mahari.  Bila tengok baby kecil ni memang sangat geram dan sangat bersyukur atas kelahirannya sebab meriah sikit rumah ni dengan tangisan dia.

Sebelum ni Tira memang tak pernah tengok macam mana proses berpantang dan sekarang dapat tengok sendiri depan mata.  Agak rumit dan memerlukan kesabaran untuk menjalani proses ni terutama sekali bagi pengalaman anak pertama macam yang kak Ija alami sekarang.  Kena berurut, jalan slow slow, bertungku, pakai param, mandi herba, ikat rambut tinggi tinggi, pakai stokin, pantang dari segi makanan dan macam macam lagi.

Oleh itu kita seharusnya menghargai jasa ibu kerana telah bersusah payah melahirkan kita dan pengorbanan ayah bersama sama ibu untuk membesarkan kita :)

 Mama & Abah.  Amik gambar ni curi curi. hehe :)

Muhammad Ayrizal Mukhriz :)



Takkan bace je ? Komen lah sekali :)

1 white rose(s):

fix said...

jngan lupe ajk dia main masak2,batu sremban,tdung tin smua ye?
n mostly mrasa main kat tman mainan dgn mkcik dia ni~haha! :)

Copyright © All Rights Reserved TILIN-TILIN-TYRA.BLOGSPOT.COM Design and Edit by ANN MOHD